Adakah anda percaya pada nasib? Sekurang-kurangnya anda perlu positif bahawa nasib boleh diubah!

Otak kita merupakan sebuah sistem yang dirangkumi dua elemen utama

  1. konsep
  2. pandangan nilai

Sebelum ini kita sudah membincangkan berapa konsep seperti tabiat mengadu yang buruk, perhubungan antara duit dan kapital, hidup di masa depan dan sebagainya. Cara kita untuk mengenal pasti betapa bijak seseorang ialah dengan menguji sejelas mana dia boleh terangkan sesebuah konsep. Dan bagaimanakah konsep-konsep tersebut boleh dikaitkan antara satu sama yang lain. Sedar atau tidak, sesi-sesi dalam kolum ini sedang melatih kita untuk menuju ke arah tersebut

Elemen kedua ialah pandangan nilai. Pandangan nilai bermaksud apakah yang penting bagi seorang. Pandangan nilai adalah berbeza bagi setiap orang. Adalah tidak cukup seorang mempunyai konsep dalam otaknya, ia tidak mendorong tindakan yang bakal diambil seseorang. Saya bagi contoh seorang yang memiliki pandangan nilai yang tinggi. Dia seorang yang mengetahui dengan jelas apa yang baik, dan yang lebih baik. Bermain game, itu suatu yang baik bukan? Sebab bermain game dapat membuatkan kita relax dan seronok, tapi adakah terdapat aktiviti lain yang lebih baik berbanding dengan bermain game yang boleh kita lakukan? Apa kata kita belajar membuat game? Ganjaran tahu membuat game jauh lebih tinggi berbanding hanya tahu bermain. Kita sebenarnya tidak perlu memaksa anak-anak membuat kerja sekolah, kita perlu memberitahu anak-anak kepentingan kita belajar.

Jadi apakah yang menentukan nasib kita? Nasib kita bergantung kepada pilihan harian kita. Faktor apakah yang mendorong kita untuk membuat pilihan tersebut? Jawapannya ialah pandangan nilai yang kita ada. Dan konsep-konsep merupakan cara kita melaksanakan tindakan. Nampak tak perhubungan antara beberapa perkara ini? Orang yang berjaya merupakan orang yang hebat dalam membuat pilihan dan menyelesaikan masalah dengan cekap.

Setelah anda mengetahui kepentingan pandangan nilai anda akan menjadi lebih berwaspada terhadap pemikiran diri. Pemikiran diri yang negatif akan membentuk pandangan nilai yang rendah dan seterusnya mengakibatkan kejatuhan seorang. Sebaliknya, kebenaran pandangan nilai ini sepatutnya mengalakkan anda agar melaksanakan setiap tugas dengan sedaya upaya. Sebab dalam proses menjalankan tugas dengan cekap, secara automatik pandangan nilai anda akan menjadi betul.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *