Cara berkesan bertemu dengan pembantu dengan kerap.

Kenapa bagi sesetengah orang, dia sentiasa dibantu manakala bagi majoriti orang, mereka tidak mudah mendapat pertolongan? Adakah peluang untuk dibantu itu terpulang kepada nasib semata-mata? Kalaulah betul-betul kita perlu bergantung kepada nasib untuk mendapatkan bantuan, adakah nasib tersebut boleh dicipta? Apakah cara yang berkesan untuk bertemu dengan pembantu dalam hidup?

Pembantu di sini bermaksud orang yang sudi membantu kita. Selaku seorang individu, kita memerlukan pertolongan dari masa ke masa. Hari ini saya akan berkongsi dua perkara yang berkaitan dengan bertemu dengan pembantu. Pertama, sememangnya terdapat cara berkesan untuk dibantu dengan lebih kerap, dan kedua meminta untuk dibantu sebenarnya merupakan pertukaran nilai secara tersirat, ia merupakan sejenis seni mempamerkan nilai diri sendiri.

Mari kita berfikir sedikit mengenai dua soalan di bawah

  1. Anda rasa di masa depan, adakah anda akan dibantu dengan kerap?
  2. Berdasarkan faktor apa, anda berfikir sebegitu?

Ibu saya berkata kekerapannya dibantu jauh lebih tinggi daripada ayah saya. Beliau memberitahui saya prinsip dibantu orang. Beliau berkata, untuk bertemu dengan pembantu, anda terlebih dahulu perlu menjadi seorang pembantu. Anda tidak cukup baik? Maka kuranglah orang yang sudi membantu anda. Hakikat ini kejam tetapi ia merupakan suatu realiti dalam masyarakat masa kini.

Selain itu, terdapat 12 prinsip kita dapat bertemu dengan pembantu dalam hidup

  1. Orang yang positif lebih mudah dibantu oleh orang lain.
  2. Orang yang gemar membantu lebih mudah untuk dibantu
  3. Orang yang membantu orang lain untuk maju barulah boleh dianggap pembantu sebenar
  4. Orang yang berkebolehan lebih mudah mendapatkan hormat dan bantuan orang lain.
  5. Orang yang suka berkongsi mudah dibantu oleh orang lain.
  6. Orang yang tidak menciptakan beban lebih mudah mendapatkan pertolongan dari orang lain.
  7. Orang yang tidak malu meminta pertolongan lebih mudah dibantu oleh orang lain.
  8. Kita tidak harus mengharapkan pulangan apabila kita membantu orang lain.
  9. Pembantu anda tidak semestinya merupakan orang yang hebat.
  10. Pembantu suka membantu orang yang suka lihat orang lain berjaya, bukannya cemburu akan kerjaya orang lain.
  11. Orang yang mudah memdapatkan pertolongan ialah orang yang membuat kerja halal.
  12. Orang yang mudah mendapatkan pertolongan ialah orang yang hidup di masa depan, sebab pembantu merasa positif melihat seorang untuk merancang untuk masa depannya.

Majoriti orang menganggap meminta pertolongan itu perkara yang memalukan. Sebenarnya apabila anda meminta pertolongan dari orang lain, anda secara tersirat berkata kepada orang tersebut anda percaya dan mengaku akan kebolehannya. Saling bantu-membantu merupakan sejenis pertukaran kepercayaan dan nilai. Anda membantu orang, tapi sebenarnya anda membantu diri anda sendiri. Dalam masyarakat kini ia seperti sebuah pasaran yang luas, dan setiap orang memainkan peranan sebagai pemegang nilai. Orang yang bijak akan mengumpul kebolehan dan membina rangkaian kenalan. Apabila kenalan anda banyak, anda dengan mudahnya mendapatkan bantuan dari pelbagai segi, tetapi terlebih dahulu anda sendiri perlu menjadi pembantu yang berkebolehan.

Sampai di sini saja perkongsian untuk hari ini, saya harapkan anda boleh ingat 12 prinsip bertemu dengan pembantu dengan lebih kerap yang dikongsikan tadi. Kita jumpa lagi esok untuk perkongsian yang seterusnya.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *