Faktor-faktor yang menjadikan dorongan diri

Apakah faktor yang menjadikan dorongan diri kepada kita.

Kelemahan yang ketara dalam golongan yang berpendapatan rendah ialah penguasaan bahasa inggeris. Mereka pernah mendapatkan pendidikan sehingga ke tahap sekolah menengah dan belajar bahasa inggeris di dalam kelas. Biarpun begitu, mereka tidak cenderung untuk membaca dan bertutur dengan menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan harian. Sebabnya ialah bahasa inggeris bukannya suatu keperluan bagi mereka. Keperluan merupakan jawapan kepada tajuk yang kita bakal bincang hari ini.

Keperluan bermaksud anda mesti perlu akan sesuatu, ia bukannya sesuatu yang anda boleh pilih untuk menyukainya atau tidak. Contohnya anda bekerja seorang pegawai polis, anda perlu mengekalkan kecergasan tubuh badan pada tahap yang tertentu dari masa ke masa agar anda dapat terus berkhidmat, jikalau tidak anda mungkin akan disingkirkan dari pasukan polis. Jadi adakah kecergasan tubuh badan merupakan keperluannya?

Kecekapan kita menguasi suatu kemahiran banyak bergantung kepada betapa kuat kemahiran itu boleh menjadi keperluan kita setelah kita menguasinya. Orang yang handal sebenarnya merupakan orang yang sentiasa mempunyai keperluan untuk menjadi yang terbaik. Kita boleh cuba perhatikan golongan yang cemerlang ini, mereka akan menyalahkan diri sendiri dan bersusah hati apabila mereka gagal untuk mencapai jangkaan yang ditetapkan mereka sendiri. Tiadapun orang yang memaksakan mereka untuk cemerlang, sebab mereka sudah biasa menetapkan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri, mereka merasa perlunya untuk terus berada di tahap yang tertentu.

Apakah definisi orang yang hebat? Bagi saya mereka merupakan orang yang obsesi untuk menjadi yang terbaik, dan pernah mempunyai pengalaman menjadi yang terbaik. Kebanyakan orang tidak mencuba untuk menjadi yang terbaik dan oleh sebab itu tidak pernah mempunyai pengalaman menjadi yang terbaik. Mereka tidak akan merasakan tidak selesa biarpun bukan yang terbaik, sebab mereka sudah biasa dengan keadaan yang sebegitu.

Kecemerlangan itu satu tabiat. Saya amat setuju dengan pernyataan ini. Apakah faktor yang menjadikan dorongan diri kepada kita? Jawapannya ialah keperluan untuk menjadi seorang cemerlang.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *