Hebat sangat ke ada duit?

Pernahkah anda mendengar rungutan di atas? Ataupun “‚Ķmendapat keputusan yang baik di sekolah tidak menjanjikan masa depan yang baik”

Sebenarnya kebanyakan orang biasanya mempunyai emosi yang cuba mempertahankan diri. Hakikatnya adalah, mendapat keputusan yang buruk di sekolah juga tidak menjanjikan masa depan yang baik. Kita dengan mudahnya akan mencari alasan untuk keselesaan diri. Dalam situasi yang tidak menyebelahi kita, kita sering terlepas pandangan kepada kebenaran yang wujud.

Cuba penyataan ini, “Duit bukannya segala-galanya”. Bagi orang yang tidak mempunyai banyak duit, mereka akan memnpunyai pemahaman yang prejudis terhadap maksud sebenar penyataan tersebut. “Duit bukannya segala-segala” sekadar bermaksud terdapat perkara yang kita tidak boleh lakukan dengan duit, itu sahaja, namun bagi orang yang miskin, mereka akan beria-ria mengatakan duit itu seakan-akan tidak penting. Hakikatnya, duit penting dalam banyak aspek kehidupan kita. Kita harus berhati-hati agar keadaan kita pada masa ini tidak menjejaskan kecekapan kita dalam membuat analisis tentang kebenaran.

Mencari kekayaan berkait rapat dengan kebolehan kita membuat analisis. Sebagaimana yang dimaklumkan pada perkongsian yang sebelum ini, orang yang berjaya merupakan orang yang handal dalam menyelesaikan masalah. Bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masalah jikalau analisis kita terhadap suatu masalah itu adalah salah?

Jadi balik kepada pernyataan yang berbunyi agak kejam kepada kebanyakan orang, iaitu “Hebat sangat ke ada duit?” Ya, kalau beza duit dalam bank antara dua orang sebanyak 100k, memang agak jauh juga perbezaan mereka berdua. Katakan seorang dapat menyimpan 500 ringgit sebulan ke dalam bank, berapakah jangka masa yang diperlukan untuk mencapai 100k dengan cara menyimpan duit? Jawapannya kira-kira 17 tahun. Itupun simpanan yang konsisten selama 17 tahun tanpa putus. Bagi orang yang sudah pun mempunyai 100k di dalam bank, dia memerlukan lebih kurang 10 tahun untuk menggandakan 100k kepada 200k. Dahsyat ke tidak hakikat ini? Kejam tetapi inilah situasi yang sebenar yang sedang berlaku di masyarakat. Yang kaya menjadi lebih kaya, yang miskin terperangkap dalam kesusahan sehingga melibatkan beberapa generasi. Generasi yang akan bangkit merupakan generasi yang menerima hakikat. Generasi yang ingin terus jahil akan terus mempertahankan perasaan diri mereka, demi keselesaan diri yang buat seketika.

Sebenarnya terdapat banyak lagi hakikat yang kejam yang perlu kita hadapi apabila kita bermula dari bawah. Cuma hari ini saya ingin menyampaikan khususnya bahawa keselesaan diri kita mungkin akan mengaburi mata kita daripada melihat perkara yang sebenar.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *