Hidup di masa depan

Kita selalu diberitahu hidup di masa sekarang untuk mencapai kegembiraan yang maksima. Memang betul ketenangan jiwa itu akan melimpa apabila kita ‘live in this moment’.. melupakan kisah lampau dan cabaran hari esok.

Tetapi selaku manusia yang mempunyai jangka usia yang panjang, iaitu sekitar 60 hingga 80 tahun, agak bahaya juga kalau setiap hari kita hidup tanpa memikirkan langsung tentang masa depan kita.

Orang yang mempunyai masa depan ialah orang yang hidup di masa depan. Maksudnya seorang itu melakukan aktiviti yang bersedia untuk masa depan. Terdapat 7 langkah kita dapat hidup di masa depan.

  1. Anda mempunyai ramalan tentang masa depan
  2. Ramalan tersebut perlukan masa untuk menjadi realiti
  3. Anda percaya akan ramalan anda adalah tepat
  4. Anda bertindak, memilih, berfikir mengikutkan ramalan anda tersebut
  5. Anda akhirnya dapat melihat keputusan ramalan tersebut
  6. Anda dapat membuktikan bahawa ramalan anda adalah tepat
  7. Jadi, dari masa anda membuat ramalan, ke masa anda bertindak, memilih dan berfikir, anda telah menghabiskan suatu masa yang panjang, masa tersebutlah yang dimaksudnya anda sedang hidup di masa depan.

Saya berikan suatu kisah hidup yang sebenar untuk menerangkan proses di atas. Ada seorang kawan saya yang datang dari keluar yang miskin. Dia seorang yang tekun tetapi akibat kemiskinan keluarga dia tidak dapat belajar dengan baik di sekolah. Tetapi dia seorang yang tidak pernah putus asa. Suatu hari dia meramalkan handphone akan menjadi alat telekomunikasi yang utama, setiap penduduk bumi akan memiliki handphone. Dia percaya terdapat peluang dalam bidang handphone. Dia membuat pinjaman duit dan mendaftar sebuah kursus membuat aplikasi handphone. Dia menghabiskan 2 tahun menyiapkan kursus tersebut. Masa itu android phone baru nak berjinak. Setelah beberapa tahun bekerja, dia seorang yang bergaji bulanan 5 angka, selaku pembangun aplikasi di sebuah syarikat ternama. Dia boleh meningkatkan taraf hidup sebab dia tidak terperangkap dalam tahap yang sedia ada, ini menjadi mustahil sebab dia hidup di masa depan dan percaya akan ramalan tersebut dengan membuat usaha untuk capai ke matlamatnya.

Justeru, pemikiran kita perlu hidup di masa depan. Jikalau setiap saat kita hidup untuk keseronokan masa ini, agak sukar untuk kita mengubah hidup yang susah ini. Orang yang hidup di masa depan semestinya mempunyai harta yang lebih banyak berbanding dengan orang yang hidup di masa sekarang. Hal ini mudah saja untuk menjelaskan sebabnya. Kerana erti pelaburan bukankah kita menggunakan sumber yang ada, bertukar dengan sumber yang ada di masa depan? Renung-renungkanlah..

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *