Kenapa anda selalu berhenti di “separuh jalan” dalam menghabiskan sesuatu perkara.

Saya percaya bahawa anda mungkin telah bertanya pada diri anda soalan ini, mengapa anda sentiasa selalu berhenti di “separuh jalan” dalam menghabiskan sesuatu perkara?

Biasanya anda memberi alasan tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh ataupun tidak cukup fokus dengan baik.

Tapi tahukah anda sebenarnya konsep kegigihan adalah tidak wujud? Hari ini saya akan menggilap semula konsep kegigihan dari dua aspek:

Pertama, anda tidak perlukan kegigihan, sebab perkara yang perlukan kegigihan anda pasti tidak akan dapat melakukannya dengan baik.
Kedua, terdapat tiga kemahiran yang boleh anda guna dalam menyiapkan suatu tugas dengan baik tanpa memerlukan kegigihan.

Kawan saya selalu bergurau dengan saya mengapa pada hari hujung minggupun saya sanggup bekerja. Mereka terkejut apabila mengetahui hobi saya ialah bekerja pada hari hujung minggu. Bagi saya, saya tidak perlukan usaha yang sengaja dalam melakukan benda yang saya suka. Itulah saya berkata, kegigihan suatu konsep yang tidak wujud. Anda tidak akan cemerlang jikalau perlu disuruh berusaha dengan gigih dalam melakukan sesuatu. Sebabnya seakan-akan anda perlu memaksa diri anda untuk bertahan, dan ia menunjukkan bahawa anda tidak bersedia melakukan perkara tersebut.

Saya mahu berkongsi 2 petua yang boleh anda guna dalam menyiapkan suatu tugas dengan baik, tanpa memerlukan kegigihan yang disengajakan.

Petua yang pertama, tidak kira dalam apa jua perkara, anda mestilah terlebih dahulu memberikan sebab-sebab yang kuat sebelum memulakan suatu kerja. Kalau matlamat utama saya menulis “Kolum Perjalanan ke arah kebebasan kewangan” ialah untuk membuat duit semata-mata, saya rasa motivasi saya adalah lemah. Jadi saya menetapkan sebab-sebab yang bermakna agar saya dapat menyiapkan kolum ini dengan baik. Antara sebab utama yang bermakna ialah saya ingin mengubah hidup pendengar terutamanya mereka yang datang dari latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik. Alasan ini memberikan suntikan dan motivasi yang kuat kepada saya, sebab saya dahulu juga pernah miskin sehingga perlu berginap di ruang tamu rumah kawan selama berapa bulan. Sekarang anda faham kenapa sesetengah orang boleh bekerja sehingga dia lupa makan malam? Sebab kerja yang dia lakukkan tersebut mempunyai makna yang teramat besar baginya. Sebaliknya, kalau anda mulakan sesuatu dengan alasan yang santai, kemungkinan besar akan berhenti di separuh jalan.

Petua yang kedua, anda perlu memberikan akibat yang buruk jikalau anda tidak melakukan perkara tersebut dengan baik. Selain memberikan sebab yang bermakna yang positif, berikan juga akibat yang buruk. Contohnya anda sedang belajar menulis laporan teknikal, bayangkan dalam otak anda, apa yang akan terjadi jikalau anda gagal menguasai kemahiran tersebut. Mungkin bonus tahunan akan lesap sebab ia akan menjejaskan prestasi kerja anda? Mungkin akan dipecat dan digantikan oleh orang baru? Mungkin akan terlepas peluang untuk dinaikpangkat? Dan seterusnya menjejaskan pendapatan isi rumah? Masihkah anda ingat teguran guru di sekolah yang berbunyi begini: “Kalau hari ini tidak belajar dengan betul, kelak anda akan bekerja sebagai pembuang sampai di masyarakat”. Hakikatnya, orang yang hidup selesa sekarang adalah kelompok yang mengambil serius teguran tersebut. Mereka mengambil akibat negatif tersebut sebagai motivasi agar tidak melakukan tugas dengan bersahaja.

Saya berharap dua petua ini berguna kepada anda, jangan lupa untuk berlatih dalam kehidupan seharian.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *