Kepentingan antara perhatian, masa dan duit.

Sebelum kita mendalami tajuk hari ini saya menghadiahkan satu pepatah kepada anda:

Sebarang yang dapat dibeli dengan duit adalah murah.

Saya rasa masih terdapat sebahagian orang tidak dapat menjelaskan pepatah di atas, sebab kepada mereka duit itu lebih penting. Kenapa sedemikian? sebab kebanyakan orang dalam hidup mereka merasakan kesusahan mendapatkan duit. Kesusahan tersebut menyebabkan mereka berfikir bahawa duit itu amat penting. Namun melalui pengajaran yang lepas, anda sepatutnya berfikir secara berlain berbanding dengan majoriti orang, iaitu

Harta yang paling bernilai yang anda miliki ialah perhatian anda.

Jadi saya harap anda sentiasa ingat bahawa perhatian anda lebih penting daripada masa dan masa lebih penting daripada duit. Adakah anda setuju dengan susunan sedemikian? Kita mengkaji bersama-sama. Bandingkan perhatian dengan masa, jelas sekali perhatian lebih penting. Masa kalau dibandingkan dengan duit, masa itu lebih penting kerana matlamat kolumn ini ialah, suatu hari nanti anda tidak perlu lagi menjualkan masa anda untuk duit. Saya akan memberikan satu contoh. Belakangan saya mendapati suatu app yang boleh menempah perkhidmatan pembersihan rumah. Dua jam hanya perlukan RM50. Dengan masa dua jam, saya dapat menaip lebih daripada 2 ribu patah perkataan. Jikalau saya tumpukan perhatian dan menyiapkan sebuah artikel dalam masa 2 jam, hasil dan nilai artikel tersebut telah melebihi harga RM50. Sekarang kita lihat bagaimanakah perhatian adalah lebih bernilai berbanding dengan masa. Masa itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai, sebab masa itu hanya merupakan suatu perantara dan alat untuk kegunaan kita sahaja. Contohnya anda menghabiskan masa menonton tv hingga berjam-jam, nilai daripada masa amatlah terhad. Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai masa lapang yang banyak sehingga mereka perlu berfikir akan cara untuk menghabiskan masa. Manakala perhatian kita merupakan faktor utama kita dapat menghasilkan nilai. Kita menumpukan perhatian untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai, maka perhatian kita lebih penting daripada masa dan duit.

Perkara ini amatlah jelas kalau kita dapat berfikir dengan jauh. Mengapakah kita tidak digalakkan untuk berhenti sekolah terlalu awal? Jikalau kita berhenti belajar dengan awal, kerja yang boleh kita buat adalah kerja yang memakan masa yang panjang dan hanya memerlukan perhatian yang rendah. Ambil kerja kasar sebagai contoh, perkembangan diri melakukan kerja sebegitu adalah terhad. Yang paling dahsyat kebanyakan orang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tidak berpeluang untuk mengetahui kuasa dan kepentingan ilmu pengetahuan. Kenapa isi keluarga yang berpendapatan sederhana memilih untuk membayar pembantu rumah untuk memasak, membersihkan rumah dan menjaga anak-anak? Adakah mereka malas? Sebabnya mereka akan rugi jikalau perhatian dan masa mereka digunakan untuk mengendalikan hal-hal rumah.

Kesimpulannya hari ini kita telah membincangkan susunan antara perhatian, masa dan duit mengikut kepentingan.

Harap mulai hari ini anda akan lebih bijak dalam membuat keputusan dalam pembelanjaan perhatian, masa dan duit.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *