Kunci emas yang dapat selesaikan pelbagai masalah

Pernahkah anda menghadapai situasi yang sulit sehingga anda tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut? Anda merasakan rimas sebab tidak boleh berbuat apa-apa. Sebenarnya keadaan ini ibarat analogi untuk mencarikan satu kunci untuk membuka pintu yang terkunci. Apabila kita tidak boleh membuka sebuah pintu dengan suatu kunci, jelas sekali kita perlu menggunakan kunci yang lain bukan? Kita perlu berhenti mencuba dengan kunci yang salah dan mencari kunci yang betul di tempat lain.

Terdapat dua aspek bagaimanakah kita menggunakan prinsip kunci emas untuk menyelesaikan masalah. Pertama kita perlu mengalihkan perhatian daripada terus focus terhadap suatu masalah. Sebaliknya kita perlu mencari penyelesaian. Ramai pasangan terperangkap dalam perangkap sebegini dalam perhubungan mereka. Contohnya teman wanita mengadu kepada anda mengapa belakangan ini asyik sibuk dengan kerja dan tidak meluangkan masa untuk menemaninya. Anda terlebih dahulu perlu tahu apa yang teman wanita anda perlukan. Dia sebenarnya memerlukan masa bersama anda dan bukannya sebab mengapa anda sibuk dengan kerja. Biarpun sebagai seorang lelaki kadang-kala kita sememangnya sangat sibuk dengan kerja, bagaimanapun kita tidak harus melawan balik dengan mengata “saya dah stress dengan dengan kerja ni, boleh tak jangan bagi lagi stress kepada saya!”. Kita perlu mencari penyelesaian, bukannya focus kepada masalah.

Prinsip kunci emas kedua ialah kita memerlukan penyelesaian yang pelbagai untuk menyelesaikan perkara yang rumit. Jangan sesekali menjangkakan suatu masalah pastinya boleh diselesaikan dengan penyelesaian tunggal. Hal ini demikian kerana suatu masalah tidak timbul semata-mata dari suatu punca. Contohnya anak-anak tidak cemerlang dalam pelajaran. Apakah puncanya? Puncanya boleh berbagai-bagai. Mungkin mereka tidak berminat pada subjek yang diajar? Selepas itu kita perlu bertanya apakah subjek yang mereka tidak suka? Sebab mereka tidak berminat akan sesuatu subjek? Saya mempunyai seorang sepupu yang lemah dalam subjek sains. Antara sebab utama dia gagal subjeck sains sebab bahasa inggrisnya lemah. Dia benci sangat subjek sains sehingga boleh tidur dalam kelas sains. Jadi bagaimanakah kita boleh membantu sepupu saya dalam keadaan ini? Saya rasa saya perlu memperbaiki penguasaan bahasa inggrisnya terlebih dahulu. Jikalau tidak dia tidak akan dapat belajar dengan berkesan dan skor dalam subjek sains. Ramai orang dewasa gagal menguruskan berat badan walaupun pergi gym 3 hari dalam seminggu. Sebab utamanya diet tidak dijaga dengan baik. Apabila kita mengejar lagi masalah dalam diet pula, kita mendapati ramai orang dewasa ini suka makan makanan yang manis.

Kesimpulannya, masalah yang rumit tidak mempunyai penyelesaian yang tunggal. Kita perlu rajin mencari jawapan kepada setiap cabaran.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *