Perasaan untuk rasa selamat merupakan kengkangan hidup anda

Tajuk yang kita nak bincang hari ini ialah apakah kengkangan hidup anda? Adakah perasaan untuk rasa selamat?

Dalam hidup kita selalu akan memberikan tumpuan kepada perkara yang berlaku di sekeliling. Terutamanya perkara yang berkaitan dengan kerugian terhadap diri sendiri. Contohnya rugi sebab terlepas jualan promosi, rugi kerana lupa menggunakan baucer ketika membelikan sesuatu barang. Perhatian sebegini bahaya sebab seakan-akan kita tidak dapat melepasi diri daripada hidup hanya mementingkan masa sekarang sahaja. Sebagai manusia kita tidak harus hidup sepenuhnya pada masa ini tanpa fikir akan masa depan. Hal ini kerana usia manusia tidak sependek kebanyakan haiwan. Hidup haiwan semudah mencari makanan, mengelakkan daripada bahaya dan membiak untuk meneruskan generasi baharu. Tetapi selaku manusia, hidup kita jauh lebih rumit dan mencabar.

Hampir semua bentuk perkembangan, ia melibatkan pengorbanan sebahagian perasaan rasa selamat. Majoriti orang mengejarkan perasaan rasa selamat seratus peratus. Mereka memilih pekerjaan yang tetap, jarang membuat keputusan yang berisiko. Kesan buruknya? Kelihatan mereka terhad kepada bidang yang terpencil. Agak sukar untuk mereka berubah kerana sudah lama terperangkap dalam keselesaan diri. Hakikatnya sekiranya kita mahukan perubahan atau kemajuan dalam hidup, kita perlu mengabaikan sedikit perasaan tidak senang. Sebab proses pembelajaran sememang pun akan mendatangkan perasaan tidak senang ketika kita cuba memperolehi sesuatu ilmu atau kemahiran yang kita tidak biasa.

Antara cara terbaik untuk menyakinkan kita untuk merasa tidak senang demi kebaikan diri ialah melalui pembelajaran daripada rakan yang lebih mahir. Sememangnya sukar dan berisiko tinggi bagi sesiapa juga untuk menceburi bidang baru. Kita boleh mendapatkan bantuan dari mentor yang berpengalaman agar perjalanan kita akan lebih lancar. Mentor dapat memberikan arah yang betul sekaligus mengurangkan risiko kita berusaha ke arah yang salah semasa kita sedang cuba untuk menguasai suatu kemahiran. Mentor-mentor ini tidak semestinya kita berpeluang berjumpa secara bersemuka. Tetapi anda boleh mendapatkan pengetahuan dari membaca, mendengar dan menonton bahan pendidikan yang mereka ditinggalkan. Kita bersyukur kerana tidak lagi hidup pada zaman batu. Maklumat dalam dunia sekarang cukup kaya untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin maju.

Kesimpulannya, hari ini kita telah membincangkan kepentingan mengorbankan sebahagian perasaan rasa selamat untuk perkembangan diri dan bagaimanakah mentor boleh memberikan petunjuk dalam pembelajaran.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *