Strategi terbaik untuk peningkatan diri.

Terdapat gurauan yang berbunyi sebegini: Kegembiraan kebanyakan orang datang apabila gaji diri lebih tinggi dua puluh peratus ke atas berbanding dengan kawan-kawan di sekeliling.

Dari perspektif yang lain, pertumbuhan diri sebenarnya merupakan proses mengalahkan orang yang kita bandingkan. Hari ini kita akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan persaingan dan perbandingan. Terdapat isi utama saya mahu kongsikan:

Pertama, kehidupan ini mempunyai pelbagai dimensi. Kedua, kita perlu membina daya saing dalam pelbagai dimensi. Ketiga, kita perlu cukup menonjol dalam sekurang-kurangnya satu dimensi.

Apabila kita berada di tengah-tengah perbandingan, kita sering berbanding kemahiran yang tertentu. Contohynya seorang atlet biasanya akan focus kepada sejenis sukan sahaja. Dalam hidup kita, ini bukan merupakan satu strategi yang terbaik. Kita perlu mempunyai kelebihan untuk bersaing dalam pelbagai dimensi. Dalam suatu dimensi, hanya minoriti sahaja yang merupakan kelompok yang terhebat, sebahagian besar berada di paras sederhana atau ke bawah.

Saya mahukan anda berfikirkan soalan di bawah, ingatkan kembali 10-20 tahun dahulu, siapakah pemain bola sepak yang anda masih ingat? Dalam hati orang ramai nama David Beckham yang pastinya tidak terkeluar dari senarai legend. Sebab beliau mempunyai daya saing yang kuat dari pelbagai dimensi. Beckham bukan sahaja pandai bermain bola, malah beliau juga seorang usahawan, ikon fashion dan duta kerja amal. jadi, berbanding dengan pemain-pemain bola yang sezaman dengan Beckham yang hanya tahu bermain bola, Beckham ternyata mempunyai kelebihan yang teramat menonjol sekali. Tetapi sila ingat, Beckham sekurang-kurangnya telah berjaya menguasai kemahiran suatu dimensi, sebelum mengembangkan bakatnya di dimensi-dimensi yang lain.

Saya seorang guru sekolah. Buku vocalbuary bahasa inggeris keluaran saya masih terlaris di pasaran. Berbanding dengan guru english yang lain, saya tahu sedikit pengaturcaraan, internet dan phycology. Dengan gabungan kemahiran dari pelbagai dimensi, saya dapat mencipta kontent buku yang lain daripada yang lain. Contohnya saya menggunakan pengaturcaraan komputer untuk mengesan kekerapan perkataan yang sering keluar di peperiksaan utama. Selain itu, saya juga mengkaji masalah sesetengah murid yang gagal menguasai pertuturan, dan membantu mereka dari aspek tersebut. Hasilnya, ramai murid yang membaca buku saya dapat meningkatkan tahap bahasa english dengan mendadak.

Ini bukanlah apa-apa rahsia. Konsep bersaing dalam pelbagai dimensi merupakan pengetahuan yang sangat umum, tetapi masih diagaikan oleh ramai orang. Saya menggalakan anda cuba mengetahui sebanyak yang mungkin ilmu dari dimensi-dimensi yang lain, tetapi dengan syarat anda perlu menguasi kurang-kurang merupakan pakar dalam satu dimensi. Kalau tidak anda akan sibuk mencuba di sini sana dan tidak kelihatan hasilnya.

Sebenarnya anda tidak perlu berfikir langsung kenapa dalam bank duit anda tak banyak. Ilmulah akan mengubah hidup kita, sebab ilmulah dapat mengubah cara seseorang itu berfikir. Tindakan harian seseorang itu pula mengikut fikirannya. Apabila dalam otak kita kaya dengan ilmu dari pelbagai bidang, kita akan ada idea yang pelbagai untuk bersaing dalam masyarakat.

Written by 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *